Pengertian
Wang Ghaib
Wang Ghaib merupakan sebuah fenomena yang
terus diburu oleh sebahagian penduduk Nusantara sejak dari zaman ke zaman.
Sebagai masyarakat yang religius, sejak dahulu, masyarakat kita sudah mengenal
cara bagaimana memperoleh wang yang sangat banyak dengan jalan pintas, iaitu
melalui sebuah ritual pemujaan dan perjanjian dengan makhluk ghaib. Kerana Wang
yang diperoleh itu dari makhluk ghaib, maka kemudian, muncullah istilah Wang Ghaib.
Namun, dalam pembahasan MahaGuru Rizal Kali
ini, Wang Ghaib dimaksudkan sebagai Wang yang diperoleh dari hadirat Allah
melalui sebuah peribadatan. Peribadatan itu sendiri boleh berupa sholat,
pembacaan Al-Qur'an, Zikir, puasa, atau paduan dari semuanya. Namun, mungkin
para pembaca juga bertanya: "Adakah dalil yang mendasari Wang Ghaib itu
dalam Islam?" Untuk menjawab pertanyaan tersebut, perhatikan ayat
Al-Qur'an berikut:
1) Surat Ali Imran, ayat 37:
فَتَقَبَّلَهَا
رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا
زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا
رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Maka Tuhannya menerimanya dengan
penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik dan
menyerahkan pemeliharaannya kepada Zakariya. Setiap kali Zakariya masuk menemui
Maryam di mihrab (kamar khusus ibadah), dia dapati makanan di sisinya. Zakariya
berkata: "Wahai Maryam! Dari mana (makanan) ini kamu peroleh?" Maryam
menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi
rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa hisab." (Ali Imran: 37).
2) Surat Al Maidah, ayat 112-115:
إِذْ قَالَ
الْحَوَارِيُّونَ يٰعِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ أَن يُنَزِّلَ
عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَآءِ ۖ قَالَ اتَّقُوا۟ اللَّهَ إِن كُنتُم
مُّؤْمِنِينَ() قَالُوا۟ نُرِيدُ أَن نَّأْكُلَ مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ
قُلُوبُنَا وَنَعْلَمَ أَن قَدْ صَدَقْتَنَا وَنَكُونَ عَلَيْهَا مِنَ
الشّٰهِدِينَ() قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ
عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا
وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ
الرّٰزِقِينَ()قَالَ اللَّهُ إِنِّى مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ ۖ فَمَن يَكْفُرْ
بَعْدُ مِنكُمْ فَإِنِّىٓ أُعَذِّبُهُۥ عَذَابًا لَّآ أُعَذِّبُهُۥٓ أَحَدًا
مِّنَ الْعٰلَمِينَ()
""(Ingatlah), ketika
pengikut-pengikut Isa berkata: "Hai Isa putera Maryam, sanggupkah Tuhanmu
menurunkan hidangan dari langit kepada kami?". Isa menjawab: "Bertakwalah
kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman. Mereka berkata:
"Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya
kami yakin bahwa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi
orang-orang yang menyaksikan hidangan itu". Isa putera Maryam berdoa:
"Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit
(yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang
bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan
Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling
Utama". Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan
itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu),
maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku
timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia""".
Dari ayat-ayat Al-Qur'an tadi, dapat disimpulkan bahawa Allah memang pernah memberikan rezeki yang langsung dari hadirat-Nya berupa makanan dan hidangan jenis lainnya. Ayat-ayat Al-Qur'an tersebut merupakan sandaran bagi para ahli Al-Hikmah untuk memperoleh rezeki serupa itu berupa Wang. Hal itu dapat dilihat dari peninggalan khazanah Islam masa lalu yang tercatat dalam kitab-kitab kuning yang dipelajari di pesantren-pesantren salafiyah.
Penjelasan ringkas mengenai Wang Ghaib ini,
dengan sengaja MahaGuru Rizal lakukan dengan tujuan untuk memberikan inspirasi
bagi para pembaca yang sedang mengalami jalan buntu kesulitan kewangan, baik
terlilit hutang atau pun tidak mempunyai modal usaha, atau penganggur tidak memiliki
pekerjaan agar tidak putus asa dari rahmat Allah bahawa Allah memiliki anugerah
yang sangat luas.
Hanya saja, permasalahan yang terjadi pada
zaman sekarang ini adalah sukarnya mencari Guru Ilmu Spiritual Hikmah yang
menguasai ilmu Wang Ghaib tersebut kerana biasanya mereka sangat tertutup dan
jauh dari keserakahan. Namun, percayalah MahaGuru Rizal pernah bertemu dengan
beberapa orang yang masih menguasai ilmu Wang Ghaib ini dan MahaGuru Rizal
sempat menyaksikan anugerah Allah yang diberikan kepada mereka itu berupa
kekayaan luarbiasa,ada seorang Tuan Guru kepada MahaGuru Rizal di Bekasi yang
memiliki rumah besar mewah luarbiasa,kekayaan harta benda luarbiasa dll. Perlu
juga diingat, bila para pembaca akan mencari guru dalam bidang Wang Ghaib,berhati-hatilah
kerana sangat berisiko dengan penipuan. Prinsipnya, jangan mudah percaya kepada
orang yang mengaku berkemampuan mendatangkan wang ghaib, tapi dia minta wang
untuk alasan apapun.
Jenis Wang Ghaib
Berdasarkan hasil penelusuran
dari beberapa kitab kuning, ternyata Wang Ghaib itu banyak sekali jenisnya
dan methodnya pun sangat beragam. Namun, secara garis besar boleh dikelompokkan
menjadi tiga macam, iaitu:
1) Jalbi Dinar
Ini adalah jenis Wang Ghaib yang diperoleh
dengan jalan mendatangkan, sesuai dengan makna dari kata "Jalbi
Dinar" itu sendiri, iaitu mendatangkan dinar/Wang. Jalbi Dinar meliputi: Wang
di bawah sejadah,Ibu Duit Karomah, Wang Bandangan, Wang Asmak, Wang Balik, dan
sebagainya.
2) Qolbi Dinar
Ini adalah jenis Wang Ghaib yang diperoleh
dengan cara menukarkan daun atau kertas menjadi Wang, sesuai dengan makna
"Qolbi Dinar" itu sendiri,iaitu menukarkan menjadi dinar/wang.
Menukarkan wang dari nominal kecil menjadi nominal yang besar, juga termasuk
kelompok ini.
3) Barokati Dinar
Ini adalah jenis Wang Ghaib yang diperoleh
dengan jalan menyimpan Wang biasa sebagai modal tabungan dalam sebuah wadah
khusus,boleh berupa peti atau kantung dari kain putih. Wang modal dapat diambil
setiap kali memerlukan atau secara berkala, namun Wang itu tidak akan ada
habisnya. Cara lain yang berkaitan dengan jenis Wang Ghaib ini adalah
melipatgandakan Wang; dari satu lembar Wang boleh berubah menjadi
berlipat-lipat. Jenis Wang Ghaib lain yang juga termasuk kelompok ini adalah Wang
bolak-balik, Iaitu Wang Ghaib yang apabila dibelanjakan akan kembali lagi
kepada pemiliknya.
Prasyarat
Untuk Memperoleh Wang Ghaib
Dalam konteks Al-Qur'an, Wang Ghaib
sesungguhnya termasuk kedalam jenis rezeki yang tidak disangka-sangka. Dalam
Al-Qur'an, surat Ath-Thalaq, ayat 2 dan 3 disebutkan pula prasyarat untuk
memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka tersebut:
... وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
(2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ
شَيْءٍ قَدْرًا (3)
"... Barangsiapa bertakwa kepada Allah
niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari
arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada
Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Dari ayat tersebut, sangat jelas bahawa hanya orang-orang yang
bertakwalah yang akan diberi rezeki yang tidak disangka-sangka itu. Lebih jauh,
hanya orang-orang yang bertawakallah yang memperoleh jaminan diberi rezeki yang
tidak disangka-sangka tersebut. Oleh kerana itu, walaupun MahaGuru Rizal diawal
penulisan menganjurkan kepada para pembaca yang sedang mengalami jalan buntu
dalam mendapatkan Wang. Namun, disisi lain, MahaGuru Rizal juga mengingatkan, kalau pembaca tidak sanggup
untuk memenuhi prasyaratnya, iaitu menjadi orang yang bertakwa/bertawakal, maka
sebaiknya difikirkan kembali niat untuk mencari Wang Ghaib itu. Kerana upaya
untuk mendapatkan Wang Ghaib juga bukan merupakan jalan yang mudah!